Carta Organisasi Kokurikulum 2014


Saturday 28 February 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA

TARIKH : Jumaat / 23 Januari 2015
MASA : 7.30 hingga 9.30 PAGI
TEMPAT : SJK (C) CHEE MONG
          Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SJK (C) Chee Mong.
Kejohanan tahun ini mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SJK (C) Chee Mong dengan kerjasama warga sekolah dan komuniti setempat sesuai dengan sarana ibubapa yang membantu dalam aktiviti kawalan keselamatan. Pada tahun ini, acara merentas desa melibatkan murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 dalam 4 katogeri iaitu kategori Tahap 1(lelaki dan perempuan) dan Kategori Tahap 2 (lelaki dan perempuan).
          Aktiviti bermula jam 7.00 pagi. Guru-guru saling membantu menyusun murid-murid mengikut kategori bagi melancarkan perjalanan kejohanan ini dan dapat menyenangkan guru kelas mengambil kedatangan murid. Pada jam 7.15, nyanyian lagu Negaraku dan murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dengan diketua oleh Cik. Ku Ai Chean. Selepas itu, PK Ko-kurikulum memberikan taklimat kejohanan dan langkah-langkah keselamatan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Murid-murid perlu menghabiskan larian sejauh 2.7 km untuk Tahap 2 dan 2.0 km untuk murid Tahap 1 mengelilingi kawasan sekitar Kg. Gemia dan Kg Limbong sepertimana latihan  yang dijalankan selama 2 hari sebelum kejohanan. Seramai 99 orang murid telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang dianjurkan pada tahun ini.
         Tepat jam 7.30 pagi, acara merentas desa dimulakan. Larian peserta dimulakan oleh peserta kategori Tahap 2 lelaki dan perempuan dan diikuti oleh peserta kategori Tahap 1 lelaki dan perempuan. Kejohanan pada tahun ini berjalan lancar kerana mendapat bantuan seramai 57 orang anggota Kelab Komuniti dan Rekreasi Terengganu (CRC) yang bertugas mengawal lalu lintas. Seramai 56 orang ibu bapa dan juga 15 orang guru telah terlibat secara langsung dalam memastikan kejohanan pada tahun ini berjalan dengan lancar.
          Pada jam 9.30 pagi, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SJK (C) Chee Mong, Pn.Tan Lee Eng, dan juga AJK PIBG SJK (C) Chee Mong. Hadiah disampaikan kepada 8 orang  pemenang bagi setiap kategori. Para pemenang menerima hadiah berbentuk pingat.
          Aktiviti bersurai pada jam 9.30 pagi. Secara keseluruhan, kejohanan pada kali ini
berjalan lancar. Tiada sebarang kemalangan berlaku. Unit Kokurikulum SJK (C) Chee Mong mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat. Syabas diucapkan. Diharapkan agar kita dapat merancang dan melakukan
sesuatu yang lebih baik pada masa mendatang. Semoga Tuhan membalas jasa baik

No comments:

Post a Comment